INSPIRASI KAMI SOLUSI ANDA

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera dari kami GLOBAL SOLUTIONS ENTERPRISE

Pada 1 Mei 2012, bermulalah perniagaan kami yang dimulai dengan menjual sarapan pagi secara kecil-kecilan di hadapan rumah.Kami menjual sarapan pagi seperti Nasi Lemak ayam berempah,Nasi Kerabu,Nasi Minyak,Laksa Sarawak,Laksa Penang dan beberapa jenis lagi makanan tempatan dan makanan dari Kelantan.

Pada permulaannya, perniagaan kurang mendapat sambutan kerana kurangnya publisiti yang kami lakukan.bagi mengatasi masalah ini, kami menggunakan media sosial Facebook untuk melakukan promosi dan meminta saudara-mara serta kenalan untuk berniaga bersama kami dengan menyediakan pelbagai jenis kuih-muih untuk dijual.

Selepas promosi yang dilakukan di media sosial tersebut, sambutan amat menggalakkan serta turut mendapat tempahan dari sekolah-sekolah yang berdekatan.
Selepas 2 tahun menjalankan perniagaan sarapan pagi, kami terpaksa menutup perniagaan tersebut kerana tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan disebabkan kekangan masa dan tiada tenaga kerja.

Dengan itu, kami telah bertukar kepada perkhidmatan percetakan dan turut menyediakan perkhidmatan jahitan sehingga ke hari ini.


Comments

Popular posts from this blog